Aktiviti

MAJLIS SEMARAK ILMU 2011

Majlis semarak ilmu telah diadakan pada 27.5.2011 jam 9.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat gemilang 1 yang mana telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kecil penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas inisiatif untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam pentadbiran dan perundangan tanah selain sebagai tempat/ wadah bagi bertukar-tukar pendapat dalam menajamkan ilmu pengetahuan dikalangan penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ini selaras dengan saranan Kerajaan Negeri yang mana, setiap anggota Penolong Pegawai Tanah perlu mahir dalam bidang pengurusan tanah dan yang berkaitan dengan bidang kerjanya.

Majlis Semarak ilmu yang pertama bagi tahun 2011 telah diadakan yang mana telah dimulakan dengan tajuk ' Pengambilan Tanah'. AJK telah menjemput En Mohd Nazli bin Tarives ( Penolong Pegawai Tanah ) dari bahagian penguatkuasaan dan pengambilan tanah untuk memberikan ceramah selain bertukar pendapat dan pengalaman berkaitan prosedur pengambilan tanah. Selain itu, ia juga menyentuh mengenai proses permohonan pengambilan tanah dari mula hingga selesai sesuatu permohonan pengambilan tanah. Antara yang hadir adalah En Abd Rahman bin Johor (KPP)Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah serta En Kamal Husni bin Jaafar (PP) Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah selain anggota Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor sendiri.




MAJLIS SEMARAK ILMU 2012

Majlis semarak ilmu telah diadakan pada 30.3.2011 jam 9.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat gemilang 1 yang mana telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kecil penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas inisiatif untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam pentadbiran dan perundangan tanah selain sebagai tempat/ wadah bagi bertukar-tukar pendapat dalam menajamkan ilmu pengetahuan dikalangan penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ini selaras dengan saranan Kerajaan Negeri yang mana, setiap anggota Penolong Pegawai Tanah perlu mahir dalam bidang pengurusan tanah dan yang berkaitan dengan bidang kerjanya.

Majlis Semarak ilmu kali kedua bagi tahun 2012 telah diadakan yang mana telah membincangkan isu berkenaan tajuk ' Hakmilik Strata'. AJK telah menjemput En Abd Rahman bin Mat Sarip                       ( Penolong Pegawai Tanah ) dari bahagian hakmilik Strata untuk memberikan ceramah selain bertukar pendapat dan pengalaman berkaitan prosedur hakmilik Strata. Selain itu, ia juga menyentuh mengenai proses permohonan hakmilik Strata dari mula hingga selesai sesuatu permohonan hakmilik strata. Antara yang hadir adalah En Kamarolzaman bin Nekmat ( Ketua Penolong Pegawai Tanah NT 36 ) serta wakil dari Pejabat Daerah Tanah setiap daerah selain Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor.





En Abd Rahman bin Mat Sarip ( Bahagian Hakmilik Strata ) sedang memberikan ceramah berkenaan Hakmilik Strata



En Kamarolzaman bin Nekmat ( KPPT ) sedang kusyuk mendengar ceramah



Wakil dari Pejabat Tanah Daerah Sepang dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat turut hadir sambil bertukar pendapat dan pandangan



Wakil dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat dan Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam turut hadir bersama




Antara yang hadir ke Majlis Semarak Ilmu



Wakil dari Pejabat Tanah Daerah Gombak turut hadir berkongsi ilmu serta memberi pandangan


LAWATAN TAPAK


Satu lawatan tapak telah diadakan oleh unit teknikal bahagian pembangunan dan kemajuan tanah pada 24.5.2011.Lawatan diketuai oleh (PPTK) En Mohd Rafi serta En (PPT) Mohd Fadzhilli dan (PPT) En Mohamad Hasrul di Selayang ,Gombak.