Wednesday 3 August 2011

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PTGS DAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH NEGERI SELANGOR

Majlis perjumpaan KPPTNS bersama Y.Bhg. Dato' Abd Nasir bin Hassan, Pengarah Tanah dan Galian Selangor telah diadakan pada 27 Julai 2011 di Bilik Gemilang 1, Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Dalam pertemuan tersebut banyak amanat dan nasihat yang berguna telah disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kesatuan Penolong-Penolong Pegawai Tanah Negeri Selangor khususnya. 

Y. Bhg. Dato' Abd Nasir sedang menyampaikan amanat dan nasihat berguna untuk dijadikan panduan dalam meningkatkan imej dan keredibiliti kesatuan dan penjawat jawatan Penolong Pegawai Tanah khususnya.

Penolong Pegawai Tanah perlu meningkatkan prestasi dan qualiti kerja agar intitusi Penolong Pegawai Tanah relevan dengan cabaran kerja yang semakin pantas.

Ahli jawatankuasa KPPTNS sedang khusuk mendengar pandangan dan nasihat berguna untuk merialisasikan hasrat dan halatuju kesatuan pada masa akan datang.

Pohon berangan tempat berteduh,
Girangnya rasa si anak dara,
Bila balik tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa dan negara.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, KPPTNS telah menyampaikan cenderahati dalam perjumpaan tersebut sempena persaraan Y.Bhg. Abd Dato' Nasir bin Hassan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada 1 Ogos 2011.

Tinggi bukit gilang gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi Dato' bukan sedikit,
Selama hidup jadi kenangan.
  
Cindai bercorak penuh berpita,
Pakaian anak Panglima Garang,
Emas dan perak pengaruh dunia,
Budi yang baik dijunjung orang.

Jauh sungguh pergi mandi,
Setapak jalan lewatkan huma,
Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun takan lupa.